بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua....
- Najis merupakan sesuatu benda yang kotor dan tidak sah jika hadir najis tersebut dalam ibadah solat. Oleh yang demikian kita mestilah berhati-hati sebelum mengerjakan solat dan pastikan tubuh, pakaian dan tempat ibadah bebas daripada najis
- Berikut adalah jenis-jenis najis yang perlu kita ketahui
- Najis Mukhaffah : merupakan air kencing kanak-kanak lelaki yang kurang berumur dari dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
- Najis Mutawasitah : Ialah najis selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Contohnya ialah muntah, darah, air kencing, nanah, wadi, bangkai haiwan, arak.
Muntah |
Darah |
Arak |
- Akan tetapi menyentuh kulit anjing yang kering dengan tangan yang kering, ia tidak dikira najis. Tetapi hal ini berbeza dengan babi. Kulit babi tetap di kira najis walaupun kering.
Najis Mughallazah |
Najis Mughallazah |
CARA-CARA PENYUCIAN NAJIS
1. Najis Mukhaffafah : Renjiskan air mutlak kepada tempat yang terkena najis, kemudian lap kan tempat terkena najis itu tadi dengan kain yang bersih.
2. Najis Mutawasitah : Bersihkan kawasan yang terkena najis tadi menggunakan air mutlak sehingga hilang tiga perkara berikut iaitu warna, bau dan rasa. Boleh juga jika hendak menggunakan sabun.
3. Najis Mughallazah merupakan najis yang berat. Oleh yang demikian cara menyucikannya hendaklah menggunakan air tanah sebanyak 7 kali. Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah air yang dicampurkan dengan tanah. Sebelum itu hendaklah dihilangkan tiga perkara ini iaitu warna, bau dan rasa.
satu penjelasan yang ringkas dan padat serta mudah difahami.Beserta video dan cara menyucikan najis.Terima kasih atas maklumat yang amat berkesan dan memudahkan pemahaman kepada najis,jenis dan cara menyucikannya.teruskan usaha!
BalasPadamCompletely. .informative
BalasPadam