APAKAH HADAS?
Hadas itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
1. Hadas kecil ialah keadaan yang mewajibkan wudhu' bagi seseorang yang hendak melakukan ibadah.
2. Manakala hadas besar pula ialah keadaan yang mewajibkan mandi bagi seseorang yang hendak melakukan ibadah
SEBAB BERLAKUNYA HADAS KECIL
1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur seperti angin, air kencing atau tahi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya
3. Bersentuhan kulit lelaki atau perempuan yang bukan muhrimnya.
4. Hilang akal dengan sebab pitam atau mabuk.
SEBAB BERLAKUNYA HADAS BESAR
1. Keluar darah haid atau nifas bagi orang perempuan
2. Melahirkan anak atau keguguran
3. Bersetubuh iaitu melakukan hubungan jenis
4. Keluar air mani samada mimpi atau jaga.
PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERHADAS KECIL
|
Solat Fardhu atau Sunat
|
|
Sujud Syukur atau Tilawah
|
|
Menyentuh atau membawa Al-Quran |
|